Bismillahirrahmanirrahim~ 29/11/2015 1500 Belajar untuk menjadi pendengar yang baik. Bila orang berkongsi, dengar baik2, hadam baik2, mungkin kerana dia percaya dia berkongsi. Dan jangan lupa simpan dalam2 kunci ketat2 kerana bila dia percaya, jangan pula jadi tidak amanah. Tapi pernah masa kita jatuh dan dia berkata ; 'kenapa nda pernah cerita? Kenapa nda pernah kongsi? Kan aku sudah cakap aku selalu ada untuk kau..' Jawapan cuma ada dalam hati kita ; 'Bukan tidak ingin berkongsi, bahkan berkali2 berhubung bertemu saya selalu ingin berkongsi tapi...setiap kali ingin melakukannya saya tahankan, saya diam kerana melihat mendengar kamu juga ada masalah, kamu juga depresi. Saya tidak mahu menambah kebimbanganmu. Sehinggalah satu masa saya jatuh teruk, sudah luka parah baru semua orang lihat dan kamu pun bertanya.' Atau..ringkas sahaja dalam hati ; 'Bukan tidak mahu tapi ini terlalu peribadi, melibatkan aib diri yang Allah sudah bantu saya tutup dan saya tidak...
Fill your life with adventures, not things. Have stories to tell not stuff to show.