Bismillahirrahmanirahiim.
2014, April 05. 12.33 am
Ummi Playhouse
Ummi Playhouse
Impian.
Kadang kala sukar untuk merencana impian kerana ia unpredictable. Sukar merencana atau sukar melaksana? Hmm. ^^
Kadang kala sukar untuk merencana impian kerana ia unpredictable. Sukar merencana atau sukar melaksana? Hmm. ^^
Dulu bidadari saya pernah berkongsi, dia ingin menjadi seorang pendidik. Pendidik agama. Ingin menuntut, menambah ilmu di rantau orang tetapi dihalang dek ema(atok) dan iyya(nenek) atas alasan bimbang tidak dapat berjumpa sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir. Lalu setelah beberapa pertimbangan dilakukan, akhirnya, impian bidadari saya terkubur disitu. Dia tidak menyesali takdir yg itu. Walau sedikit pun? Wallahua'lam. Kerana dia dengan bangga pernah berkata, 'kalau mama pergi juga masa tu, mama nda akan dapat Enn dgn abang. Mama lebih daripada bersyukur ada kamu.' Touching sat. T_T
Pernah bertanya, 'kenapa ingin menjadi pendidik agama?' Lalu mama kata, 'kerana keadaan orang2 sekeliling yg kurang tahu bab2 seperti inilah mama mau belajar. Mama mau ajar dorang, mau tolong diorang'.
Mulianya impian itu. Namun sayang, berhenti sekerat jalan. Dan hari ini, ana dengan bangga berkongsi dgn mama, abang dan kakak yg ana telah menjadi seorang pendidik. Bakal mencorakkan anak2 ummah yg sejak azali ditakdirkan menjadi caliph di bumi Allah. Dengan rendah hati, ana memohon restu seorang ibu, yg pernah mempunyai impian spt ini. :) InshaAllah semoga dipermudahkan.
Lelah menyiapkan assignment, mentelaah pelajaran, meneroka maklumat2 untuk anak2 kesayangan hamba, membuat kerja harian rumah tidak mematahkan semangat. Walau kadang kala kaki yg agak sensitif ni meminta2 agar rehatkannya sebentar Like seriously, hanya mama yg tahu bagaimana sensitifnya kaki ini kerana walaupun hanya dgn bergerak setengah jam shj, ia akan memberikan ana sakit kaki yg tak terperi. Hanya Allah tahu.
Back on the stories, salah satu impian ana adalah merealisasikan impian bidadari ana. Impiannya melihat anak2nya menjadi anak yg soleh dan solehah, inshaAllah ana masih berusaha istiqamah. Impiannya ingin menjadi seorang pendidik, alhamdulillah tanpa diatur dan tanpa rasuah ana kini seorang pendidik. Impiannya ingin terus menuntut ilmu, moga Allah permudahkan. Impiannya ingin ana berjaya, inshaAllah moga lelah tidak merapuhkan semangat. Dan banyak lagi impiannya yg ana juga masih berusaha menerokai bagi merealisasi.
Mungkin orang2 sinis memandang, tapi tak apa. Allah ada. ^^
Rabbi yassir wala tuassir rabbi tammim bi khair.