Bismillahirrahmanirrahim. 22 February 2014.
Pagi ini, perjalanan pulang ke kampung ibu di Kota Marudu diisi dengan perbualan ibu dan driver kereta tumpangan. Kebetulan juga hanya ibu dan ana berserta driver di dalam kereta tersebut..seperti biasa ibu tidak cuma diam. Ibu dan driver yg juga ‘bajau-an’ berkongsi cerita perihal anak2 mereka. Melihat tingkah ibu yg sentiasa bersemangat bercerita perihal kami, ana jadinya bertanya sendiri; apa tidak wujud rasa bosan di hati ibu menceritakan perihal kami? Lantas, ana berfikir sendiri lagi..betapa ana mensia2kan harapan dan doa ibu yg menggunung. Betapa ana buta melihat kemewahan kasih sayang yg ibu berikan. Ana terus menerus hidup dalam ‘dunia’ yg ana adakan sendiri. Dunia yg menjadi tembok kejahilan.
Ibu, maafkan anakmu yg tidak tahu menghargai ini. Ibu terusan membisukan diri mendengar orang2 bercerita, mengungkap kata2 nista mengenai ana yg manja, yg tidak tahu berdikari, yg terlalu mengharapkan ibu, yg taunya di rumah saja, menghadap buku yg bertimbun, yg tidak menahu kerja rumah bagi seorang anak perempuan dan entah apa lagi yg ana tidak tahu mereka katakan mengenai ana pada ibu. Ibu terusan percaya dan percaya walau jiwamu sudah bagai dihiris sembilu. Ibu terusan percaya walau air mata kecekalanmu sudah menjadi lautan luas. Walhal ana? Ana masih lagi kental dengan jiwa muda ana. Masih lagi begitu, terus mencari keseronokan hidup yg entah apa2. Terus mencari keseronokan hidup yg kononnya menjanjikan rasa bahagia. Rasa bahagiakah ini jika ia membuat ibu merasa sakit? Rasa bahagiakah ini jika ia membuat ibu mengalirkan air mata kecewanya? Allah. Ampuni kejahilan kami selama ini.
Petangnya ketika sudah sampai di kampong ibu, ana turun padang melayan adik2 yg masih kecil. Yg memerlukan perhatian dan kasih sayang dari orang dewasa saat ibu bapa mereka masih lg di hutan belantara mencari nafkah bagi sesuap nasi. Pada mulanya, agak kekok dan janggal untuk melayan karenah mereka kerana ana sendiri tidak punya adik. Lalu experienced jaga anak kecil itu sememangnya hampir tiada. Namun ana berusaha untuk penuhi hasrat mereka. Melayan karenah mereka. Menemani mereka bermain. Menjawab soalan2 lucu mereka. Dan ana sedar lagi. Ya, betapa indahnya hidup dengan adanya amanah Allah ini. Betapa indahnya perasaan tatkala jemari kecil milik mereka menggenggam erat jemari ini. Tatkala melihat anak2 ini tersenyum belajar bertatih. Tatkala mereka berebut duduk bermanja. Tatkala bersungguh menanti jawapan bagi soalan mereka.
.
.
.
“Allahku, jadikanlah kami ini anak yg soleh dan solehah..”
.
.
.
Usai solat Isyak berjemaah, hati ini tersentuh lagi saat ana mengatakan pada adik yg ana panggil Intan; “Alhamdulillah, dapat solat sama2 lagi kan..kalau sudah hafal bacaan serta doanya nanti jangan pula ponteng solat ar..” Lalu adik ini menjawab; “ iya kak, aku mau taubat ni..” Ana juga kurang mengerti kerana adik ini baru 9 tahun usianya namun ana tersentuh dan terharu. Alhamdulillah. Semoga dikuatkan hatinya oleh Allah SWT.
.
.
Malamnya juga sepatutnya ana menghadiri kelas bacaan Quran di rumah ustaz kampung sebelah bersama saudara ‘baru’ ana. Tapi ada masalah teknikal la pula. Then, nggak jadi deh jawapannya. Namun, yg ana hendak kongsikan bukanlah masalah teknikal yg menghalang perjalanan kami di waktu malam, tetapi saudara ‘baru’ ana ini. Biarlah menjadi motivasi untuk ana terus bersemangat bak kata ukhti Halawatul Iman.
.
.
Pada mulanya ana hampir tidak percaya ketika ibu mengulas soal perubahan saudara ana ini di suatu masa. Tapi ana tetap fikir yg tiada yg mustahil. Itu semua kuasa Allah. Lalu pada masa ibu menceritakan soalnya, ana hanya jadi pendengar yg setia. Ana tahu, ibu bangga walaupun dia bukan anak ibu kerana ibu bercerita sampai ana jadi sebak melihat ibu mengalirkan air mata. Segala puji bagi Allah. Perlahan-lahan ana amati setiap perubahannya. Iya, sungguh dia berubah. Walau tidak semuanya namun itu pun sudah lebih dari cukup kan. Antara soalannya yg masih ana ingat; “enn, jihad itu apa?”, “enn, syurga itu macam mana?”, “enn, syahid itu apa?”. Kadang kala ada juga rasa lucu melihat caranya bertanya soalan seperti anak kecil. Namun setiap soalan tu ana jawab juga berdasarkan rujukan ana selama ini. Iya, ana Nampak kesungguhannya dalam ingin berubah. Semoga Allah tetapkan kesungguhannya seperti itu.
.
.
Allahumma solli ala Muhammad, wa’ala alihi wasahbihi wassalam.
.
.
Flashback.