Skip to main content

Bidadari Cinta; Kasihnya Seutuh Jiwa



Bismillahirrahmanirrahim.


Situasi 1..
“aii, sama tau telefon kau dengan anakku..touch screen juga telefon dia..tapi nda tau pula apa jenamanya..” mula seorang mak cik A.
“naa, Samsung kalau yang ini..” balas mak cik B pula.
“oh, naa..nda pula aku tau nama2nya..kalau anakku tu bah memujuk betul minta beli telefon canggih2..bilangnya konon kawan2 dia semua telefon lawa2..adiiihh, kesian juga aku..sampai berabis la kami ni simpan duit hasil dari jual kerang..”
.
Perbualan ini ana terdengar ketika duduk di tembok pekan sementara menunggu abang.
.
.
Situasi 2..
“mak, ikut aku ni pegi pekan esok...mau beli pencuci muka dengan bedak..naa tambah banyak sudah jerawat aku ni..”
“lambat betul juga mama ku ni hutang hp tempat orang tu..naa rindu betul sudah aku ni..adihh..”
Si anak meminta itu dan ini sehingga lupa adik2nya masih ramai. Sehingga lupa ayahnya kerja biasa2 saja. Sehingga lupa dapur ibunya kosong tak berasap.
.
Ini pula ana dengar ketika bermalam di rumah sahabat. Perbualan ini dibualkan oleh anak saudaranya.
.
.
.
Situasi 3..
“naa, selimut kau..”
“adihh, nda aku mau ini..adakah patut yg ini..”
.
Ringkas saja perbualannya namun cukup memberi kesan terhadap ana. Kerana ana dapat melihat kesungguhan si ibu menjahit perca2 kain itu dengan kemasnya. Mungkin saja dia dpt membayangkan si anak gembira tidak perlu merasa sejuk pada waktu malam. Kerana ana masih teringat saat ana bertanya untuk apa kain itu dan si ibu menjawab untuk anaknya yg selalu mengadu merasa sejuk pada waktu malam disebabkan selimutnya nipis. Kerana ana dapat melihat wajah keterujaan itu berubah. Allah. Betapa sakitnya hati ini. Seperti ada luka yg berdarah.
.
.
Sebentar tadi tiba2 hati mahu berbicara soal ini. Lalu laju saja jemari menaip dan menaip. Laju saja minda mengimbas kembali. Bukan niat ana untuk memperlihatkan kekurangan orang lain dan menunjukkan ana ini perfect. Namun ana mahu ambil iktibar dari kejadian ini. Ana mahu ia menjadi cerminan untuk diri ana sendiri. Sudah cukup baikkah ayat2 ana untuk menjaga hati ibu? Sudah cukup baikkah ana menghargai apa yg ibu buat? Sudah cukup baikkah ana menjaga nama ibu? Allah. Sebak sungguh rasa di jiwa.
.
.
Betapa hebat kasih sayang para ibu. Walau sesukar mana dia memenuhi kemahuan si anak, dia tetap maju ke hadapan mencari solusinya. Walau sesakit mana si anak membuat onar, dia tetap memaafkan. Walau baju sudah lusuh di badan, dia tetap terfikir untuk membelikan pakaian baru untuk si anak. Walau kemahuan makan itu dan ini bermain di minda, dia tetap melayan selera si anak.
 .
Mahu apa lagi si anak? Kebajikan si anak selama sembilan bulan dalam kandungan saja cukup terjaga. Apatah lagi jika sudah menjadi anak2 comel yg soleh dan solehah. Baju sekolah dibasuh digosok. Bekalan makanan sekolah enak tersedia. Walaupun penat dengan kerja harian di rumah namun dia tetap menghadiahkan senyuman terindah menyambut kepulangan si anak dari sekolah. Iya, betapa hebat kasih sayang ‘bidadari’ dari Allah ini.
.
.
Apa lagi adik2 alaf ini mahu? Tidak cukupkah ibu2 ini bertarung nyawa melahirkan adik2? Tidak cukupkah kasih sayang mereka untuk adik2? Kenapa perlu mengeluh pada kekurangan harta benda yg ada? Muhasabah diri. Tanya pada hati dan iman. Serahkan aturannya pada Allah. Usah malu pada miskin harta. Malulah pada miskinnya iman. Malulah pada ceteknya kesedaran. Lebih utamanya, malulah pada Allah SWT. DIA raja segala raja. DIAlah yang maha kaya maha sempurna. Kita Cuma hamba-NYA. Makhluk ciptaan-NYA. Letakkan nokhtah pada kejahilan. Mohon ampunlah pada-NYA. Hadanglah rasa jiwa muda itu dengan rasa malu. Syurga Allah untuk anak itu letaknya ada pada ibu. Hargai ibu. Sama2 pimpin tangan di jalan Allah. Wassalam.