Semalam,
Engkau diminta memaafi,
Pada segala yang menyakiti,
Lalu iya bibir tuturi,
Tapi bagaimana dengan hati?
.
.
.
Ana selalu berusaha memaafkan lalu melupakan. Iya. Selalu. Apa jua cerita2 basi yg mereka2 tebarkan, atau apa jua nista2 yg mereka tuturkan, ana maafkan. Bibir ana bertutur, maafkanlah; sedangkan dosamu kau minta diampuni apatah lagi kesalahan mereka itu. Tapi, kian lama parut yg ana berusaha jaga agar tidak berdarah kembali itu kian pedih..digoresi dgn panahan mata, ditusuk dgn bicara kasar, disakiti dgn jolokan kata. Ana sejujurnya mulai tidak kisah namun mereka umpamanya menggesa. Menggesa keikhlasan dalam maaf ana itu tiada. Dalam kesendirian ana mengadu dgn-Nya, ana sedar ana pendosa yg bakal dihitung tapi kenapa hati masih sukar ikhlas memberi maaf? Sedangkan diri penuh dosa. Juga pernah lalai. Bahkan mungkin hari ini masih lagi alpa dan lalai. Suudzon itu ana kunci dalam2 lalu husnuzon ana hiasi indah. Kerana ana takut dalam bersangka buruk, ana merasa diri ini perfect lalu hilang terus husnuzon segala. Moga Allah ampuni segala keburukan yg terselit dihati. Moga semua dosa2 kita Allah ampuni. Moga dijauhkan dari azab neraka. Moga bisa bertemu lagi di syurga.
Sari'u ilaa maghfirah :')