Bismillahirrahmanirahiim
Ummi Playhouse
7/4/15
7.25 pm
7/4/15
7.25 pm
Tadi berlangsung sedikit perkongsian hati dengan Kak Syikin and she said something like, 'trust me, there'll be never ada staff yg suka dgn majikan mereka walaupun majikan tu baik macamana pun.' Dalam hati cuma mampu cakap, 'And trust me akak, I love you more than what you'd thought.' T.T
Kadang kala apa yang kita pernah expect tu tak menjadi walau 1% pun. Sebelum datang ke sini, di Ummi Playhouse ini, ana sendiri merasa deg-degan bak kata orang Indonesia. Merasa takut, seram dan entah apa lagi frasa yang menggambarkan perasaan tidak tentu arah waktu itu. Paling risau jika keluar mulut raksasa, masuk mulut alligator. ^^
Dan Allah Maha Mendengar, segala ketakutan, kebimbangan serta kegelisahan digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai. Priceless. Allah menggantikan kegelisahan ana dengan kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya. Allah menggantikan kebimbangan ana dengan pelukan demi pelukan dari anak2 didik hamba yang sangat caring and loving. I was in tears when one day I was cooking then suddenly terkena percikan minyak panas, Aleya came, and she hug me like a mother hug her child. Airmata yang menitis tu bukannya kerana rasa pedih tangan yang melecur tapi atas rasa terharu dengan keprihatinan sang bidadari kecil itu memeluk dan menenteramkan ana. Allahurabbi. Tak dapat digambarkan dengan kata2 perasaan tu.
Dan sampai hari ini, sudah banyak offer ana dapat dari JPA untuk berkhidmat dengan mereka. Tetapi entah kenapa berat sungguh rasa hendak meninggalkan mereka. Bila kakak tanya kenapa tak on je, ana hanya mampu membalas dengan smiley shj.