Skip to main content

Kesediaan jiwa ini ke arah ijab dan qabul :)

Kesediaan jiwa ini ke arah ijab dan qabul :)

Tzc playhouse
April 2016

Ijab dan qabul. 
Tidak semudah minda mengeja dan bibir menutur,
Tidak semudah mengupah pembantu bagi menyusun atur,..

Terlalu banyak persediaan yg harus digali cari, diperhalusi cantik dan dibina kukuh. Ibarat membina sebuah rumah, ada yg membina rumah besar tapi kosong isinya, ada yg membina rumah besar beserta perabot tapi tunggang langgang susun aturnya, ada yg membina rumah besar beserta peralatan canggih yg memudahkan tapi tetap terasa sukarnya, dan ada yg membina rumah kecil tapi sejuk mata memandang isinya.

Kadang2 bukan luaran serta fizikal yg mencerminkan persediaan kita ke arah itu. Bukan sebanyak mana angka dalam simpanan kita menjadi persoalan. Bukan sedalam mana cinta kita terhadap pasangan yg menjadi ukuran. Dan..bukan usia tua atau muda yg menjadi kilas pandang..

Benar, ada orang kata dia menginginkan ijab dan qabul dengan segera kerana mahu menjadi solehah, muslimah, bidadari syurga. Tapi kenapa tidak sebelumnya? Kenapa ingin menjadi solehah selepasnya? Padahal inshaaAllah, kita mampu. Dengan memohon kekuatan dari Dia, dengan rujukan murrabiah2, dengan pegangan al Quran, sunnah, akidah sahsiah dan akhlak, inshaaAllah kita boleh. Persiapkanlah jiwamu dengan iman dan taqwa, agar tidak rapuh dek dugaan yg mendatang. Ingat, kapal yg belayar tidak semuanya melalui hari yg cerah dan indah.

Dahulu kala juga, mimpi keanakan ana ingin melalui ijab dan qabul pada usia muda. Ingin ada pembimbing yg boleh membimbing, ingin ada pelindung yg bukan hanya menyelamatkan, ingin melalui melalui hari2 bahagia ibarat indahnya pelangi, bersenda ketawa, berkongsi duka, yada yada..tapi bila diulang kembali mimpi2 itu, tidak ada suara anak2 yg bermacam bunyi menjadi hiasan..hairan..kerana setelah menjadi semakin dewasa, yg ana ingin adalah sebuah keluarga yg sederhana yg ana dan seseornag yg Allah titipkan menjadi imam itu yg hiasi dengan adab yg baik, akhlak yg cantik, agama yg indah, dan iman yg kukuh terbina. Mimpi keanakan mendorong ana ingin menjadi seorang permaisuri keluarga yg berkerjaya, berjaya, dan berilmu. Mimpi ana kini, ana ingin menjadi seorang Ummi yg mempunyai pengetahuan luas samada utk dirinya, keluarganya, anak2nya, kerjayanya, agamanya, atau orang2 disekelilingnya. Satu mimpi yg tidak mudah untuk diselusuri. Bukan hanya ada onak dan duri, tapi penuh racun yg memakan diri. InshaaAllah semoga Allah berikan yg baik buat diri.

Ijab dan qabul,
Kesediaanku masih kabur, 
Agamaku masih tidak aku jalani dengan baik,
Imanku masih juga banyak turun dari naik,
Akhlakku masih ada yg keterlaluan,
Solatku kadang masih dihujung waktu,
Puasa serta ibadah sunatku masih juga aku berusaha cari gali,
Tanggungjawab pada kedua org tuaku juga masih tidak berlangsung begitu baik,
Aku masih bertatih,
Masih cuba berdiri dalam semua kekurangan ini,
Moga2 Allah cekalkan jiwaku,
Tetapkan imanku,
Pelihara aku,
Agar aku tidak terlalu mencintaimu melebihi Tuhan-ku.

Bi iznillah.

Popular posts from this blog

Dramatic Me

So drama~ I'm sharing this not bcz I've fallen in love. I'm just sharing after almost an hour cried for a korean drama, a historical drama, last night. It's all abt love, family, throne, jealousy, friendship, sacrifices. When it comes to love, in our early 20s, most of my friends were already married, engaged, found their only one. but me, I'm still searching for myself. a real me. I'm still clinging to my parents. my siblings. I'm the last one but sometimes I feel like I'm the older sister. Day and night, I'd been thinking, abt their meals, facilities, groceries, the peoples. sometimes I feel so guilty, I can't give them a hug, I'm just too far frm them. the only thing I did was, transferred them money, calling them, asking their condition. It's just so frustrated~ I, desperately want to finish my study, in Law and ECE. I can't give up. I can't pay attention for other things like lover, went outing with him, dating, etc etc. ...

Dreams come true~

Bismillahirrahmanirahiim. 2014, April 05. 12.33 am Ummi Playhouse Impian. Kadang kala sukar untuk merencana impian kerana ia unpredictable. Sukar merencana atau sukar melaksana? Hmm. ^^ Dulu bidadari saya pernah berkongsi, dia ingin menjadi seorang pendidik. Pendidik agama. Ingin menuntut, menambah ilmu di rantau orang tetapi dihalang dek ema(atok) dan iyya(nenek) atas alasan bimbang tidak dapat berjumpa sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir. Lalu setelah beberapa pertimbangan dilakukan, akhirnya, impian bidadari saya terkubur disitu. Dia tidak menyesali takdir yg itu. Walau sedikit pun? Wallahua'lam. Kerana dia dengan bangga pernah berkata, 'kalau mama pergi juga masa tu, mama nda akan dapat Enn dgn abang. Mama lebih daripada bersyukur ada kamu.' Touching sat. T_T Pernah bertanya, 'kenapa ingin menjadi pendidik agama?' Lalu mama kata, 'kerana keadaan orang2 sekeliling yg kurang tahu bab2 seperti inilah mama mau belajar. Mama mau ajar doran...

Say goodbye~

Say goodbye~ I'll never forget how warmth ur hugs is, which is, I'll forever miss.. I'll never forget how is it feel to comfort someone like you, which is I never learn how to.. I'll never forget that time you said you love me, more than anyone, which is I never expected to.. I'll never forget that time we laughed happily watching the pouring rain, which is, it gonna remind me of you.. I'll never forget all of those memories we create, with hopes, You'll grow up as a kind person with a big heart.