Skip to main content

Posts

Ibuku sayang: pemenang peneman setia hati

Bismillahirrahmanirrahim~   Ibu..  Kami anak²mu yang bergelumang dosa.. Padahal besar harapanmu melihat kami membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..  Jika saat ini kami masih lagi bertatih di jalan-Nya, maka temani kami dengan doamu..  Agar kami mampu tersenyum tatkala terjatuh..   Ibuku sayang.. Kami anakmu hamba Allah yang kerdil dan jahil..  Pernah terlena saat dakwah memanggil.. Pernah angkuh melangkah di tempat yang terpencil..  Padahal kami tahu menggunung jiwamu mahu kami merasa rendah hati dengan ilmu Allah yang tidak terkira keluasan kedalamannya..  Jika tika ini kami masih merangkak-rangkak menelusuri ilmu Allah yang luas itu, maka temani kami dengan sentuhan cintamu..  Agar kami kuat hadapi kenyataan kejahilan kami..   Duhai bidadari hati..  Kami anakmu yang lahir dari susur galur tabligh apatah lagi ulama'..  Namun jiwa kami meronta- ronta ingin menjadi mujahadah-pejuang agama Allah lalu syahid ...

Cita dan bahagia; luka sentiasa ada

Bila inginnya hati tiada yg mengerti, ku pasrahkn hati akan takdirnya Ilahi.  Cita dan cinta seakan sudah terbang bersama lembut bayu yg sepi.  Hasrat dan angan seakan-akan sudah menemui jalan yg mati. Lukanya hati bukan sekadar sakit dan pedih.  Darahnya bukan kepalang lautan hindi. Tapi, entah kenapa di dalam sakit yg ku diamkn resahnya,  terserlah sinar yg tiada tolok indahnya.  . . Seakan-akan ku semakin temui bahagia.  . . Seakan-akan ku hampiri klimaksnya cinta.  . . Seakan-akan ku berenang di lautan rindu.  . . Umpamanya aku berlayar bertemankn cinta dikuatkan rindu..  Teman,inilah bahagia yg ku temui ddlm sakit,  inilah rasa penawarnya hati,  inilah ceritera si hamba kerdil..

Bidadari Cinta; Kasihnya Seutuh Jiwa

Bismillahirrahmanirrahim. Situasi 1.. “aii, sama tau telefon kau dengan anakku..touch screen juga telefon dia..tapi nda tau pula apa jenamanya..” mula seorang mak cik A. “naa, Samsung kalau yang ini..” balas mak cik B pula. “oh, naa..nda pula aku tau nama2nya..kalau anakku tu bah memujuk betul minta beli telefon canggih2..bilangnya konon kawan2 dia semua telefon lawa2..adiiihh, kesian juga aku..sampai berabis la kami ni simpan duit hasil dari jual kerang..” . Perbualan ini ana terdengar ketika duduk di tembok pekan sementara menunggu abang. . . Situasi 2.. “mak, ikut aku ni pegi pekan esok...mau beli pencuci muka dengan bedak..naa tambah banyak sudah jerawat aku ni..” “lambat betul juga mama ku ni hutang hp tempat orang tu..naa rindu betul sudah aku ni..adihh..” Si anak meminta itu dan ini sehingga lupa adik2nya masih ramai. Sehingga lupa ayahnya kerja biasa2 saja. Sehingga lupa dapur ibunya kosong tak berasap. . Ini pula ana dengar ketika berma...

Pelayaran di lautan hati; sempadan hak dan batil

Bismillahirrahmanirrahim. 22 February 2014. Pagi ini, perjalanan pulang ke kampung ibu di Kota Marudu diisi dengan perbualan ibu dan driver kereta tumpangan. Kebetulan juga hanya ibu dan ana berserta driver di dalam kereta tersebut..seperti biasa ibu tidak cuma diam. Ibu dan driver yg juga ‘bajau-an’ berkongsi cerita perihal anak2 mereka. Melihat tingkah ibu yg sentiasa bersemangat bercerita perihal kami, ana jadinya bertanya sendiri; apa tidak wujud rasa bosan di hati ibu menceritakan perihal kami? Lantas, ana berfikir sendiri lagi..betapa ana mensia2kan harapan dan doa ibu yg menggunung. Betapa ana buta melihat kemewahan kasih sayang yg ibu berikan. Ana terus menerus hidup dalam ‘dunia’ yg ana adakan sendiri. Dunia yg menjadi tembok kejahilan. Ibu, maafkan anakmu yg tidak tahu menghargai ini. Ibu terusan membisukan diri mendengar orang2 bercerita, mengungkap kata2 nista mengenai ana yg manja, yg tidak tahu berdikari, yg terlalu mengharapkan ibu, yg taunya di rumah saja, menghadap...