Skip to main content

Posts

Kuatlah duhai qalbi..

Bismillahirrahmanirahiim 09 January 2015 Kg mama Villa kesederhanaan Ranting² jiwa spt remuk patah belahannya Tatkala minda terus menghitung detik² Aduhh, Resah gelisah hamba rasakan ya Rabb Rindu belum terlunasi Tapi sudah meninggi dan meluas Rindu pada telatahnya sang ibu tua Yg jiwanya tak keruan andai kami berjauhan Rindu pada barannya sang abang Yg marah2 terus andai tidak memahami Rindu pada keanakannya sang kakak Yg manja terus pada barannya abg Rindu pada telusnya sang ayah Yg berkorban apa saja buat anaknya Kuatkan semangat duhai diri Kuatkan hati Kuatkan fizikal Kamu bakal berjuang melawan nafs Allah ya rabb, Kuatkanku. Fastobiqul khairah Sari'u ilaa maghfirah.

Zamrud bukan apa2~

Bismillahirrahmanirrahim.. :) Rumah mana yang tidak pernah bergolak, laut mana yang tidak pernah bergelora, hati mana yang tidak pernah pedih, luka mana yg tidak ada parutnya, pantai mana yg tak pernah dipukul ombak~ ^_^ Andai 'rumah' yg dibina penuh 'cinta' dahulu kala tiba2 retak tiangnya, insan mana yg tidak pedih hatinya? Andai hati yg dirawat berkurun lama tiba2 'menikam' diri, jiwa mana yg betah tidak mengalirkan air mata? Seindah mana pun zamrud ditaburi andai hari2 disakiti, tiada yg betah menunggu. Andai dikasari zahirnya, lebamnya bisa hilang. Andai tersentuh sedikit hatinya, mungkin kah 'lebamnya' bisa padam? Mungkin~..

Seindah nama Maryam :)

Bismillahirrahmanirahiim.. Villa Fes 1 Jan 2015 8:27 PM Bertukar nama lagi catatan maya ini. Dari senyumtangiskaligrafihati ke azra-kekuatanjiwa dan kini azra-maryamnusaibah. Apapun namanya, mudah²an ikhlas, jujur dan tidak berbaur riak penulisannya inshaAllah. Kenapa Maryam? Ada apa dengan nama Maryam? Ramai yang bertanya kerana di mana² akaun media sosial ana juga serupa, iaitu Maryam. Sebenarnya ana mulai tertarik dengan Maryam ini saat Farah Lee dan juga suaminya yg juga selebriti tv3 menamakan baby mereka maream Esabel(xpasti spelling) dan mereka meletakkan caption moga namamu sekuat dan setabah maryam. Ana terus tercari² ada apa dgn maryam ini kan..dan tambah rasa mau tau apabila oki setiana dewi, selebriti Indonesia kebanggaan ana menamakan anak mereka maryam nusaibah. Terus tertanya² lagi. Ada apa ya? Dan terus saja jemari laju google apa yg menarik dgn kisah maryam. Memang ada kisahnya d Quran tp kan penasaran lagi lanjutannya. :) Hasilnya, ana dengan jujur rasa rend...

Benteng jiwaku

Bismillahirahmanirrahiim.. 24 Dec 2014 Fitri Maju Sdn Bhd My Desk melangkah sendiri membawa diri membetulkan sahsiah hati yang kurang baik phisically ah, kacau sungguh jiwa ini.. alam kerjaya kugagahi tempuh sekuatnya walau buat pertama kalinya tapi demi semangat jitunya ingin tidak menyusahkan ah, berderai mandirinya.. tatkala ayah yg jauh disana dilakukan tidak semenanya demi wang ringgit dunia sungguh kejam dikau duhai saudara padahal kamu pernah berkongsi rahim yg sama makan benda yg sama malah ayah sanggup berkorban impiannya demimu dan ini ganjarannya buat seorang abang yang sudah tidak kuat kudratnya spt mu semoga Allah membalasnya dengan seribu satu kebaikan..

Solusi~

Pernahku Takut dalam kesendirianku Terasa gelap dalam terangnya dunia Melangkah sendiri Berdiam diri Konsentrasi Refleksi Solusi Usah khuatir duhai diri Dikau bakal sendiri jua nanti Mengapa harus takut perbaiki diri Pernah ku dengar Iman itu ada pada langkah Lalu Teruslah melangkah Walau sendiri Kerana Allah sentiasa di sisi